Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Antenatal Check Up

Semalam seawal 7.15 pagi aku sudah beratur di depan Klinik Kesihatan Kajang. Semata nak dapatkan no yang terawal. Tak sanggup nak tunggu lama macam 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat no. yang baik. hehehe.. No mula dipanggil di kaunter 4 pada pukul 8.30 pagi dan pukul 9.00 pagi no. aku naik. Huhuhu... macam biasa ambil berat (berat naik 55.75kg) dan tekanan darah. Kemudian ke makmal buat ujian air kencing dan ambil darah untuk bacaan hb.  Syukur semuanya baik-baik saja. Waktu berjumpa dengan nurse, dia pesan supaya kekalkan bacaan darah (11.00) sebab kalau 10.99 akan jadi pen merah. Agak tak baik untuk aku bersalin nanti. Nurse pesan banyak kali kalau keluar darah atau pecah air ketuban terus ke hospital dengan segera. Selesai semua aku ambil ubat di kaunter farmasi dan terus balik.  Tiba di rumah aku terus makan nasi dan berbaring. Dalam pukul 12.00 tghari perut aku mula rasa tak selesa. Kejap-kejap dia senak. kejap-kejap dia sakit. Tapi tak kerap. Doc ...

Rabu yang Jiwa-jiwa

Lirik Lagu Terbaru Astrid – Tentang Rasa Aku tersesat Menuju hatimu Beri aku jalan yang indah Ijinkan ku lepas penatku ‘tuk sejenak lelap di bahumu Dapatkah selamanya kita bersama Menyatukan perasaan kau dan aku Semoga cinta kita kekal abadi Sesampainya akhir nanti selamanya Tentang cinta yang datang perlahan Membuatku takut kehilangan Ku titipkan cahaya terang Tak padam di dera goda dan masa *tunggu tiap selasa cite Vanilla Coklat sbb cite dan lagu yg best..*

Tahniah!!

Entri untuk sahabat dan kawan baik aku. Betapa aku gembira bila dia Inbox aku kat fb tanya petua-petua waktu awal preggy. Homaigod!! She's pregnant~ Congratulations Puan Iman. Owner blog memoriesintuition  !! Serius aku happy sangat-sangat.  Jadi mulalah aku membebel; memenuhkan Inbox die dgn nasihat dan petua-petua hasil pengalaman aku 8 bulan yg lepas untuk dia.. Hahaha.. sure ko pening kan.. Aku membebel apa yang boleh dan tak boleh untuk ibu-ibu hamil. Utk kebaikan kau jugak kan..Hee... Kau kene ikut. Lain orang lain badan..lain jugak penerimaannya.. So better jaga baik-baik.. Kata org..nak anak bukan laa semudah ABC.. tiba-tiba kau nak anak, sekelip mata terus blink!! Tada!! Dah ade baby...  So Puan Nurul Iman.. jagalah makan minum.. aktiviti seharian dan jgn terlalu nak aktif sgt.. Especially for early 2-3 months ni.. Sbb kandungan masih lemah. Maybe kite rasa kita kuat..tapi kat dlm siapa tahu kan... Ok, once again.. Congrats for both of u, Iman dan Irwan.. Na...

Semput

Malam tadi pukul 1 pagi, aku terjaga.. Pusing kanan.. Pusing kiri.. Aiihss!!.. Tak boleh jadi, aku bangun tukar posisi tidur. Pun tak jalan.. nafas dah tercungap-cungap. Aku nyorokkan muke kat belakang en suami yang tengah lena. Tetap sama. Aku terus menangis teresak-esak.. En suami bgn pujuk lepas tu sapukan vicks kat dada dan bhgn belakang. Baru aku boleh lelap dalam sedu-sedu.. Bangun pagi tadi perut sengal-sengal. Kaki dan tangan semakin sembab.. Tapi gagahkan juga untuk bangun bersiap untuk ke ofis. Dugaan untuk aku... *Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dari Nya*

Jumaat Lagi

Salam Jumaat pada semua.. Akhirnya pada ptg Jumaat yang indah ni (walaupun terik, abeh itam kulit cekelat aku) settle semua kerja. Lagi-lagi hari gaji jatuh pada hari Jumaat.. Memang heaven laa kan.. Besok aku nak ajak en suami jalan-jalan cari makan yang sedap. Serius sekarang aku rasa macam-macam pun aku nak makan.. Asyik lapar aje. Budak kecik dlm perut ni kalau lapa tak boleh tolak ansur dah.. dia punya tendangan padu mau semput aku dibuatnya.. hihihi... Dari semalam kaki aku bengkak tak surut-surut. Slalu lps sapu minyak panas die surut. Ni bengkak aje...Kulit pun merekah. Hadoiii...bsk nak g berjalan sakan..Haishh... *bsk mcm biasa blk Sentul lps tu nak g cr makan sedap*

Rezeki Isnin

Semalam aku hanya bekerja setengahari saja kerana menemani en suami menghadiri penyampaian Baucer 1 Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Kajang.Tak ada yang buat aku teruja melainkan keadaan yang kelam kabut dan pemandangan yang tak berapa menarik. Aku mewakili abah untuk ambil baucer tu sebab abah kurang sihat. Darah tinggi dan kencing manis. Jadi abah hanya berehat di rumah. Tetapi duit RM500 yang sepatutnya abah terima terpaksa diambil di bank kerana memerlukan Kad Pengenalan abah yang asal. Aku perlu membawa abah ke bank BSN/Maybank/CIMB untuk urusan tukaran baucer. Tak apalah, sahlaku baucer sehingga 13 April 2012. Masih ada masa untuk abah tunaikan baucer tersebut. Tetapi aku terpaksa menunggu en suami kerana no. gilirannya 300 lebih. Nasib ada kerusi untuk aku duduk sambil menunggu. Sedang leka memerhati gelagat orang sekeliling, tiba-tiba ada seorang perempuan yang berdiri sebelah aku jatuh tertiarap di dalam longkang. Aku terkedu dan hanya mampu memandang. Aku nak angk...

Semoga Sihat Selalu

Hari Sabtu lepas sewaktu balik ke Sentul aku dah mula sakit perut.  (aku memandu sendiri, en suami naik moto-nk repair moto)  Perut mengeras dengan sekeras-kerasnya. Dlm hati macam-macam doa aku baca. Aku pujuk baby dalam perut. Tak kan dah sampai masa kot. Sampai saja Sentul, en suami park moto terus bawak aku ke Klinik KITA di Jalan Pasar. (Klinik yang sahkan aku hamil).  Sampai-sampai daftar nama terus nama dipanggil. Nasib belum ada orang lagi. Doc minta buku merah.Mujur aku memang letak dalam kereta, jadi senang untuk doc tu rujuk apa-apa rekod dari Klinik Kesihatan. Aku bagitahu bawah perut aku ni terlalu sakit dan aku sering pitam-pitam. Ikut rekod tekanan darah aku stabil. Mungkin aku terlalu letih dan keadaan ini adalah biasa. Doc mula scan perut aku dan doc tunjukkan jantung baby berdetak dengan baik dan baby dalam keadaan yang sihat. Kemudian satu persatu doc tu terangkan. Tentang kepala, tgn, kaki, perut dan segalanya. Semuanya dalam keadaan baik. Semuanya ...

A Thousand Years lyrics

A Thousand Years Heart beats fast Colors and promises How to be brave How can I love when I'm afraid To fall But watching you stand alone All of my doubt Suddenly goes away somehow One step closer I have died everyday waiting for you Darlin' don't be afraid I have loved you for a Thousand years I'll love you for a Thousand more Time stands still Beauty I know she is I will be brave I will not let anything Take away What's standing in front of me Every breath, Every hour has come to this One step closer I have died everyday Waiting for you Darlin' don't be afraid I have loved you for a Thousand years I'll love you for a Thousand more And all along I believed I would find you Time has brought Your heart to me I have loved you for a Thousand years I'll love you for a Thousand more One step closer One step closer *blues ptg jumaat...*

Semoga Semuanya Kembali Seperti Dulu....

Pneumonia Classification and external resources Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru. Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic —iaitu, tidak diketahui—apabila pinca jangkitan telah disingkirkan. Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk sinar-X dan pemeriksaa...

Check Up 34 Minggu

Hari Isnin yang paling letih. 7.30pg smpai klinik kesihatan.. 10.00pg br panggil nama.. Hadoii...sadis btl.. Letih, mengantuk dan dengan keadaan aku yg sarat ni buat aku rasa penat dan nk pitam. Bila aku beritahu nurse yang perut aku sakit kt bhgn bawah sewaktu dia cek detak jantung baby, die diam aje. Diam aje?? Apakah itu?? Dia tak jawab apa-apa.. (Dalam hati, letih kalo bercakap dengan orang xda respon ni) Dah la menunggu lama.  Lepas jumpa lima minit, "Ok puan boleh ke kaunter ubat dan balik". Aku pun terus amik buku pink, terus amik ubat dan terus balik. Dah la parking jauh, jalan terkedek-kedek..hati panas.. Sakit perut. Nak pitam bagai. Bawak kereta pun tak ada mood. Balik rumah makan nasi terus tido. Sebab dah tak ada tenaga nak buat apa-apa.. Semalam borak2 dengan makcik2 en suami dan sepupu ipar duai di rumah mak mentua, dorang dok ckp perut aku dah nmpk turun. Sikit lg nak bersalin. Huhuhu..suspen2... *Malam ni nak makan mc d.. boleh x?? Boleh x?? Huuuu....bol...

Holiday @ Tiara Beach Resort

Bercuti!! Hujung minggu kami habiskan masa di Tiara Beach Resort Port Dickson. Ofis adik ipar aku ade buat Family Day. Jadi dia angkut skali satu family bercuti dekat sana. Jumaat petang kami bertolak dari Sentul selepas Solat Jumaat. Hujan lebat petang Jumaat tu buat perjalanan mengambil masa sedikit kerana jalan licin. En suami memandu dengan penuh berhati-hati. Jam 5 petang kami tiba di destinasi dan terus check in. Sangat teruja dan hilang penat tgk bilik yang bersih dan pemandangan yang indah. Ade taman tema ala-ala Sunway Lagoon gitu. Memandangkan aku dah sarat dan tak berapa nak kuat kaki ni, jadi tengok sajalah orang mandi manda dengan gembiranya. Huh!! Jeles2!! Acara hanya akan bermula pada keesokan hari jadi hari Jumaat adalah acara bebas dan kami bersiap-siap untuk ke Pekan Port Dickson mencari gerai untuk makan malam. Puas ke hulu dan ke hilir mencari kedai ikan bakar. Tapi yang kami jumpa hanya kedai ikan bakar yang tak berapa nak menepati citarasa kami semua. Disebabkan...

Semakin hampir

Semalam, surau taman aku ada buat ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul. Jadi abah minta tumpang untuk buat kenduri doa selamat untuk aku bakal bersalin nanti. Ramai juga yang hadir. Aku tak dapat nak datang sebab keadaan yang tak berapa nak mengizinkan. Kaki bengkak dan belakang aku dah mula sakit-sakit. Mak suruh duduk di rumah saja. En suami kerja malam. Jadi tinggallah aku seorang di rumah. Serious tak best.  Sedari semalam perut mula buat hal. Kejap sakit. Kejap rasa letih. Perut pun ada rasa letih ye.. aku sekadar urut mana tangan tercapai. Duduk salah.. Berdiri serba tak kena. Akhirnya aku berbaring saja. Itu pun tak berapa nak selesa. Pusing ke kanan..ke kiri.. bangun balik.  Aku terus amik beg baby dan beg aku dan kemas-kemas barang untuk di bawa ke hospital nanti. Mana tahu kot-kot dah nak bersalin nanti senang. Masuk kereta terus pergi ke hospital. Beg dah siap tersedia. Dan semakin hari aku rasakan semakin berdebar. Semakin hampir waktunya buatkan aku gementa...

Mine..

Sent from my Android.

Baby's stuff

Sent from my Android.

Holiday @ PD

Just us..

Kontraksi Braxton Hicks (BH)

Ok, ni 1st time dengar dan baru dpt info dari kakak sepupu aku.  (Kes ngadu perut keras kat fb td, die bg link suh bace pasal Kontraksi Braxton Hicks -BH) Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972. Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin. Bagaimana rasanya kontraksi braxton h...

Khamis yang Kelabu

Sedari semalam aku rase kelabu. Semua yang aku buat serba tak kene. Tambahan kerja yang melambak dan asyik try and error buat perut aku stress. Sampai nangis-nangis tahan sakit. Perut terasa keras, senak dan sebu. Sangat tak seronok.  Nak tido malam pun kene leleh-leleh air mata dulu baru dapat lelap. Bangun pagi masih sakit perut. Mak dah siap tanye beg baby & beg aku teruk kat mana. Karang senang nak bawak p hospital. Erkk!! Mak... adik blm nak bersalin lagi laa.. Huhuhu.. Mak aku dah risau... Besok aku, encik suami dan keluarga mentua akan berholiday ke Tiara Beach Resort PD. (Family day opis adik ipar aku) Jadi Inilah peluang aku nk berjimba sblm xdpt jalan ke mana-mana waktu berpantang nanti kan.. Hehe.. Cuti yang dah approve sejak seminggu sudah. Tak sabar bak balik petang nanti. Belum siap packing barang lagi ni. Haih.. Besok pagi encik suami nak ke HKL. Nak melawat kawan permotoran dia yang ditimpa musibah. Semoga Matt CBR cepat sembuh and buat his wifey- Yaya, supa...